Bismillah,
Sebut sahaja
nama kanser,mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarnya namun bagi
segelintir yang masih belum mengenali apa sebenarnya kanser,biar saya mulakan
dengan memperkenalkan ciri-ciri sebenar
apa yang di maksudkan dengan kanser.Selamat berkenalan ya!
Apakah itu
Kanser?
Kanser ialah
sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel
kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke
anggota badan yang lain.
Tumor ini
akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin
adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan
yang lain melalui saluran darah dan limpa.
Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel
kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah
mereka telah berganda ke beberapa juta.
Sel kanser
tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel
sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah
mikroskop.
Lazimnya,dari
peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini
sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap ‘Tidak apa-apa’ cuma sakit biasa
sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah
dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.
Saya tidak salahkan sesiapa
tetapi alangkah baiknya jika kita tidak sahaja berhenti disitu dan mengambil
satu lagi langkan bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca
sebenar.
Kalau saya
sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA
agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang
perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak
menjamin atau melindungi mereka dari kanser.
Bukan
apa,sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari
mendapat kanser setelah berada di tahap 4.Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini
dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terbijak dalam
hidup ini.InsyaaAllah
1. Sakit perut atau senak perut.
Salah satu
tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami
sakit perut tanpa sebab.
2. Perut kejang dan sakit perut berterusan.
Antara tanda
awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar,
lalu menekan bawah perut disebelah kiri.
Sejujurnya,
sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut
dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencernaan, langkah
terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta
‘ultrasound'
3. Perut berasid atau rasa penuh walaupun
makan hanya sedikit.
Tanda awal
yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas
atau pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih
hulu hati.Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hanya makan
sedikit sahaja.
Sakit yang
tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi
tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "pembunuh
senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa
kanser hati juga.
4. Kerap demam atau terkena jangkitan.
Ini boleh
menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum
tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang
tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya
tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan
leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah
beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh
masa yang panjang.
5. Muka Membengkak
Sesetengah
pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di
muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada,
mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.
6. Nodus
limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha
(ketulan).Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda
tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada
leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.
7. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak
berhenti.
Gejala tidak
normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia.
Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di
tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni
sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa
oksigen dan beku.
8. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
Mula-mula
saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar
apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal.
9. Puting tetek yang bersisik atau dan
mengeluarkan cairan.
Lelaki juga
boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang
dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara
biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga
boleh menyebabkan sakit dada.Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok
merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok
masuk atau kebocoran bendalir.
Semoga bermanfaat
Drsalwa Hassan - Panel kesihatan Dr Herba